Wednesday, September 26, 2012

Mengeramkan telur itik

Kebaikan Melakukan Pengeraman Secara Semulajadi

-Tak perlu keluar duit beli inkubutor
-Langsung tak gunakan letrik
-Tak perlu menyediakan kandang asuhan
-Tak perlu jaga suhu, kelembapan dan sebagainya.
-Ibunya akan menjaga anaknya, kita beri makan saja.
-Waktu malam, anak itik akan tidur dalam kepak ibunya.


Pengeraman Menggunakan Inkubutor


Inkubutor adalah sejenis alat yang dicipta untuk menggantikan peranan ibu itik / ayam untuk melakukan tugas mengeram telur. Komponen utama dalam sebuah inkubutor ialah:-


-Alat pemanas yang menggunakan mentol, plat pemanas dan lain-lain.

-Kipas yang berfungsi untuk menyebarkan udara panas didalam inkubutor.
-Bekas takungan air. Air adalah perlu untuk menjaga tahap kelembapan didalam inkubutor agar kulit telur tidak menjadi terlalu kering yang akan menyukarkan anak itik / ayam menetas.
-Alat kawalan suhu (thermostat). Kita mengawal suhu dengan menetapkan suhu minima dan maksima didalam inkubutor itu. Apabila suhu mencapai tahap maksima, alat ini secara automatik akan mematikan alat pemanas, apabila suhu menurun ke tahap minima, alat ini akan menghidupkan semula pemanas.

Kebaikan Menggunakan Inkubutor


-Menghasilkan anak itik dalam jumlah yang besar secara serentak.

-Perlukan ilmu tentang kawalan suhu, kelembapan dan lain-lain.
-Perlu menyediakan kandang asuhan yang sesuai.


 
Kandang asuhan , jumlah anak itik / ayam hendaklah tidak terlalu padat, mempunyai bekas makanan dan minuman sendiri serta alat pemanas dari mentol elektrik atau api dari gas (hover) masa yang sesuai untuk memasang alat pemanas ialah pada pukul 6.00 petang sehingga pukul 10.00 pagi. (kalau hari hujan tempoh itu itu dilanjutkan sehingga cuaca panas) Anak itik / ayam dikurung disini sekurang-kurangnya selama 2 minggu (masa kritikal) sebelum dibenarkan bebas. 

Sebuah Inkubutor Automatik

Boleh mengeramkan 100 biji telur itik serentak  dalam satu masa, Traynya kan beralih kedudukan ke atas dan kebawah 2 kali sejam secara automatik. Harga dipasaran sekarang sekitar anggaran RM3000.00 atau mungkin lebih.



Bagaimana mendapatkan telur yang subur untuk dieramkan?

Persoalan ini timbul dalam bidang penternakan ayam daging, ayam telur dan itik telur. Bagi ayam kampung dan itik muscovy mungkin tidak timbul soalan ini kerana mereka bertelur, mengeram serta menjaga anak mereka sendiri.

Pernahkah anda membeli telur ayam atau itik dari kedai dan mengeramkannya. kalau dieramkan telur ini adakah ia boleh menetas? Jawapannya tidak, kerana telur ini dihasilkan tanpa ayam/itik jantan, ayam telur dan itik telur adalah dari baka yang telah diubahsuai secara saintifik supaya apabila telah cukup matang mereka akan menghasilkan telur walaupun tanpa "sumbangan" dari jantan. Apa yang perlu ialah mereka ini diberi cukup makan, apabila cukup makan mereka akan bertelur setiap hari sampailah mereka pencen, apabila telah pencen, mereka pun dijual untuk dagingnya pula.

Cara paling mudah ialah membeli baka ayam/itik tersebut dari kedai, Tetapi bagaimana kalau kita hendak membiakkan sendiri ayam daging, ayam telur dan itik telur? Soalan ini pernah saya ajukan kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Jawapan yang diterima adalah samar dan kabur. Antara jawapannya adalah benih ini diproses dalam makmal atau telur ini disuntik dengan ubat tertentu sebelum dieramkan. Saya tidak pasti kenapa jawapan sebegini yang diterima. Saya beranggapan mungkin mereka tidak mahu mendedahkan cara sebenar supaya rahsia ini tidak diketahui oleh orang awam seperti saya dan mereka dapat terus memonopoli industri ini.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu saya mula melakukan penyiasatan, setelah beberapa kali membuat tinjauan, pemerhatian dan penilaian akhirnya saya telah mendapatkan jawapannya yang akan saya nyatakan disini. 

Walaupun ayam penelur dan itik penelur dihasilkan dari pengubahsuaian genetik, tetapi apabila umurnya mencapai tahap kematangan (5 bulan keatas) mereka akan mengawan. Secara logiknya telur yang dihasilkan oleh induk betina yang mengawan boleh ditetaskan. Saya telah cuba mengeramkan telur itik khaki campbell menggunakan ibu tumpang (itik serati) dan didapati  telur itu menetas.

Ladang itik yang besar biasanya memiliki reban khas untuk memuatkan induk-induk bagi menghasilkan telur yang subur untuk ditetaskan. Reban ini dilengkapi dengan tempat makan dan minum, tempat mandi dan tempat tidur yang selesa. Makanan yang diberi adalah lebih baik dan mempunyai kadar protein yang tinggi.

Induk itik betina dan jantan dipilih dari kalangan itik yang sihat pada kadar 1 jantan 3 betina (ratio 1:3). Telur yang dihasilkan dari reban ini boleh dieramkan.


Itik Khaki Campbell (Penelur)

Itik ini adalah hasil kacukan daripada itik Indian Runner dan Rouen. Dihasilkan oleh Sir Adele Campbell pada tahun 1940-an di England. Mempunyai kadar penghasilan telur yang paling tinggi berbanding itik jenis lain.

Itik Khaki Campbell Dewasa (Sudah Bertelur)


Perbezaan Sifat Itik Khaki Campbell dan Muscovy

Saya telah memelihara kedua-dua jenis itik ini, kedua-dua itik ini memiliki sifat yang amat berbeza. Sepertimana yang kita ketahui itik Khaki Campbell dipelihara untuk menghasilkan telur yang boleh dijual sebagai telur segar dan telur masin, sementara itik Muscovy pula untuk dagingnya.

Itik Khaki Campbell

Itik Khaki Campbell mempunyai sifat yang amat sensitif, mudah stress dan liar. Sebarang bentuk gangguan yang mereka tidak biasa akan menyebabkan mereka bertempiaran lari ketakutan. Perkara ini yang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan produktiviti telur sepertimana yang telah saya nyatakan di atas. 

Walaubagaimanapun itik ini mudah dikawal dan agak berdisiplin. Semasa itik ini masih diperingkat anak, saya telah mengajar mereka dengan sejenis bunyian isyarat. Isyarat ini dibunyikan setiap kali memberi makan kepada mereka sehingga mereka sudah biasa dan kenal bunyi itu. Saya menggunakan kaedah pemeliharaan lepas bebas (itik tidak dikurung) dihadapan reban itik ada sebatang parit taliar. Pada waktu pagi itik akan dilepaskan keluar dari reban, selepas mereka diberi makan, mereka bebas merayau kemana-mana sahaja dalam taliar itu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mereka stress. (sepertimana gambar yang anda dapat lihat dibawah).Kadangkala mereka merayau melebihi 500 meter atau lebih dari reban. Tetapi bagi saya tidak menjadi masalah, Bila saya ingin memanggil pulang itik itu pada bila-bila masa, saya hanya perlu membunyikan isyarat itu dari reban dan mereka akan berbondong-bondong pulang ke reban. Memang kedengaran agak ganjil, tapi saya telah lakukannya.



Video diatas adalah rutin harian pada petang hari, saya minta maaf kerana tidak berbaju pada masa itu, dan keadaan reban yang agak daif, reban dibuat sendiri menggunakan buluh dan atap rumbia sahaja, maklumlah kekurangan modal, Apabila hari hampir senja, itik akan berkumpul diluar reban, pintu reban ditutup dan saya menyediakan makanan itik didalamnya. setelah selesai menyediakan makanan, barulah mereka dibenarkan masuk, perhatikan dengan teliti bunyi isyarat truuuttt, truuuutt... yang saya keluarkan dan lihatlah respon dari itik.



Saudara Nor Zaidi, Jurukamera dan sahabat karib yang telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menjayakan projek itik ini. Terima kasih daun keladi Zaidi..


Dari aspek disiplin pula, walaupun saya terlupa memanggil pulang itik itu pada petangnya itik yang merayau itu akan pulang sendiri bila hari beransur senja. Kadang-kala semua itik sudah masuk ke reban dan pintu reban sudah ditutup, saya pun sudah balik ke rumah. Kalau ada seekor dua itik yang terlewat balik. Saya hanya akan mengetahuinya pada pagi besok. Bila saya sampai ke reban didapati ada seekor dua yang tidur diluar reban. Itu memang sahlah itik yang terlewat balik pada petang semalam.

Dengan menggunakan kaedah lepas bebas ini serta hanya menggunakan makanan yang diproses sendiri, lebih dari 90% itik saya bertelur dengan baik, dan jumlah ini kekal selama beberapa bulan sebelum tibanya musim meluruh.

Musim meluruh bermaksud apabila sampai jangkamasa tertentu, bulu itik akan meluruh, ketika itu itik akan berhenti bertelur-seolah olah berehat sekejap dari bertelur, apabila bulunya penuh semula, ia akan bertelur balik. Tetapi musim meluruh ini bukan berlaku serentak kepada semua itik, dalam masa tertentu ada itik yang meluruh dan ada yang tidak. Yang meluruh akan bercuti yang penuh bulu akan bertelur. Apabila yang meluruh penuh bulu, ada yang penuh bulu akan mula meluruh. Begitulah seterusnya. Bagi itik yang meluruh itu, memang tidak ada rawatan khas untuk memaksa ia bertelur balik, hanya masa yang menentukan bila ia akan penuh bulu dan bertelur semula. Sebab itulah adanya peningkatan dan penurunan hasil telur.

Itik Tak Perlu Mandi ???

Adakah itik tidak perlukan kolam tempat berenang?? Ada pihak mendakwa itik penelur ini tidak perlu mandi, yang penting adalah sediakan makanan dan minuman yang mencukupi dan mereka akan bertelur dengan baik. 

Berdasarkan keterangan ini, ada pengusaha yang membuat reban tanpa menyediakan tempat mandi itik. Saya akui kebenaran kenyataan ini, walaubagaimanapun berdasarkan pengalaman, kawasan reban itu akan berbau busuk. Dari jarak 300-400 meter lagi kita sudah  dapat menghidu bau busuknya.

Keadaan ini tidak berlaku kepada itik yang disediakan tempat mandi, Kalau hendak dikatakan tidak berbau langsung penipulah, Berbau juga tapi tidak seteruk itik yang tidak diberi mandi, dari jauh tidak berbau, bila kita pergi dekat dengan rebannya barulah ada bau. Itupun baunya tidaklah ketara sangat.

Bila saya periksa bau kuat itu bukannya datang dari najis itik, tapi dari badan itik yang tidak mandi, tambahan pula kalau itik yang berkurung dalam reban 24 jam mereka akan bergelumang dengan najis, lumpur dan sebagainya, itu yang menjadi punca bau yang kuat.

Akhirnya saya lihat tuan itik yang mendakwa itiknya tak perlu mandi itu terpaksa menyembur air kepada itiknya pakai air paip (itiknya berkurung dan rebannya tiada kolam mandi) barulah baunya kurang. 

Itik Penelur Tidak perlukan Itik Jantan???

Bagaimana nak membezakan jantina itik? Semasa peringkat anak memang agak sukar untuk dikenali kecuali mereka yang bergiat dalam bidang pembenihan itik ini. Bagi orang awam seperti kita cara yang mudah ialah apabila anak itik sudah penuh bulunya (berusia sebulan keatas) jantina itik dapat dikenali. Lihat pada bunyi yang dikeluarkan, kalau itik itu berbunyi kuat, itu itik betina. Ini comfirm. Itik jantannya mengeluarkan bunyi yang perlahan seperti berbisik. Kepala itik jantan lebih besar dari betina. Badan itik jantan lebih tegap, itik betina kelihatan lebih kecil dan rendah. Lihat pada ekornya, hujung ekor itik jantan ada simpulan berbentuk seperti bulatan (seperti rambut kerinting), hujung ekor itik betina berbentuk lurus.

Ada pengusaha yang saya kenali berpendapat itik penelur ini tidak perlukan itik jantan. Dari peringkat awal lagi dia akan menghapuskan / menyembelih itik jantan ini dengan alasan rugi / membazir makanan sedangkan tiada hasil diperolehi.

Secara peribadi, saya berpendapat tindakan itu adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sebuah masyarakat yang hanya ada golongan wanita sahaja tanpa ada lelaki. Memanglah tujuan kita memelihara itik untuk mendapat keuntungan, tapi janganlah zalim sangat. Sekurang-kurangnya dalam seribu ekor itik betina berilah 100 ekor jantan, biarlah ada sedikit kebahagiaan dalam kehidupan itik itu.

Itik Muscovy / Nila / Serati

Itik Muscovy adalah nama yang dikenali diperingkat dunia, Di Malaysia, masyarakat disebelah Utara memanggilnya dengan nama Itik Nila, sementara di Selangor dan KL memanggilnya dengan nama Itik Serati.

Sejenis itik pedaging yang paling popular. Semua bangsa di Malaysia menyukai daging itik ini termasuk pendatang asing dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan lain-lain. Itik ini lebih mudah diternak berbanding itik penelur kerana bersifat tahan lasak dan tidak banyak kerenah dari segi pemakanannya. Jangkamasa penternakan lebih kurang 3 bulan. Apabila berat badannya mencapai 2 kg keatas, Itik ini sudah bersedia untuk dijual.

Berat badan itik betina hanya mencapai 2 - 3 kg, sementara itik jantannya boleh mencapai 6-7 kg. Harga borong biasanya berlegar di sekitar RM10 - RM12 se-kg.  mengikut kawasan. Bayangkan kalau tuan-tuan mempunyai itik jantan yang banyak?

Itik betinanya bertelur dan mengeram. Oleh itu, jika tuan-tuan memulakan penternakan dengan 50 ekor anak itik. Dalam masa 6-7- bulan berikutnya tuan-tuan akan mendapat pertambahan anak-anak itik yang dieramkan sendiri oleh itik betina dewasa. Oleh itu perlu disediakan tempat bertelur (kotak kayu/plastik) yang sesuai dalam reban/kawasan itik

Itik betina akan bertelur sebanyak 10-15 biji sebelum mula mengeram. Anak itik akan mula menetas selepas 28-30 hari dieram. 

Sifat Itik Muscovy

Sekali lihat nampak macam jinak saja. Tetapi sukar mengikut arahan kita (degil). Sebaiknya itik ini dikurung dalam kawasan berpagar dan tidak dibenarkan lepas bebas macam itik Khaki Campbell, masalah yang selalu timbul adalah itik ini boleh terbang macam burung, terutama sekali itik betinanya. Kadang-kala itik ini boleh hilang begitu saja.

Masalah ini boleh diatasi dengan cara memotong separuh sayap kerasnya (sayap terbang) sebelah pun sudah cukup, pasti ia tidak berupaya untuk terbang lagi.

16 comments:

  1. Assalamualaikum , sy ade pelihara sjumlah itik yg byk dr kluarga serati n itik telur, mkanan nye brhrga kira2 rm1.90-2.40 skilo.. dlam shari makan lbih kurg 2Kg..
    So sy nak tnya mcmane nak buat mkanan sndiri?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , sy ade pelihara sjumlah itik yg byk dr kluarga serati n itik telur, mkanan nye brhrga kira2 rm1.90-2.40 skilo.. dlam shari makan lbih kurg 2Kg..
    So sy nak tnya mcmane nak buat mkanan sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisa makanan pun boleh bagi kat itik tapi perlu bilas dulu buang minyak.selepas tu gaulkan dgn EM.then boleh bagi itik makan.

      Delete
  3. Salam tuan
    Saya nk belajar jual ank itik serati .jual dan juga nak bela.boleh hubungi saya tak? Wasap 019-3927169

    ReplyDelete
  4. En Nabil, saya pernah mencuba beri itik-itik saya makan sisa makanan kedai makan. Saya bilas sebelum bagi itik makan tapi selepas beberapa bulan,berpuluh-puluh ekor itik saya mati. Kata orang, tak sesuai bagi itik makan sisa sebab berminyak dan banyak ajinomoto. Betul ke? Apa fungsi EM dicampur dalam makanan tu ye?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan, saya baru bercadang utk perbaiki pendapatan keluarga dgn bela itik telur, boleh saya tahu berapa harga seekor? kalau saya nak start dengan 100 ekor berapa harga? boleh tuan bekalkan? contact saya di 0104234556, bantu saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Kalau sye nk jd wakil penjual ank itik telor atau daging berape age tuan blh bg paling murah dlm jumlah yg banyak

    ReplyDelete
  7. Kalau itik penelur banyak bulu pelepah yg gugur sbb apa ye..
    Siapa berminat dgn telur itik boleh hubungan saya

    ReplyDelete
  8. Saya penjual anak itik penelur, lokasi penetasan: Seri Iskandat, Perak.

    Harga terbaik untuk orang kita. πŸ‘

    Sila hubungi: 013-6768682, azrin.

    ReplyDelete
  9. saya penjual itik serati dewasa dan ank itik..erea kepala batas penang...0194731281

    ReplyDelete
  10. Saya berminat untuk membeli 500ekor itik kaki campbell.lokasi saya di perak

    ReplyDelete
  11. asslm encik .skrg ni encik masih bela itik lagi ke...sya nak tya byk perkara pasl itik dgn encik wssp sy 0163483744

    ReplyDelete
  12. salam tuan skrg ni tuan ada bela itik lagi ke..saya nak tanya kalau nak beli itik telor yg sudah bertelor brp sekor...

    ReplyDelete
  13. itik sya jinis itu..ini. rupa nya mereka tidak gang dg lain bangsa. rasis pulak kann. wanita serati tu rupa nya setia mati. suami nya c megat tu ada miang2. kdg dia pegi berhimpit himpit sama itik lain .bangsa lain pulakkk dia brmiang. ci serati ku longlai aja dg sedih pegi dia hampiri laki nya. di dekati nya baru la c miang tu stop dn ikut pulang c serati ka ruang mereka. marah aku perangai tulul c megat tu, aku kejar dia hinga dia tariak2.

    satu hari .laki serati ku hilang. ada yg nmpk anjing kacao dn dia jaga bini nya dn brkorban la dia di depan utk istri nya lari dulu. jd,urg kata dia bawa lari anjing2 tu arah sungei ku dn terbang dia ka sabelah bahgian tanah urg lain pulakkkk..adoo.

    brapa hari serati ku nangiiiis, duduk ngk mao pindah dari dpn sungei itu.maka aku yakin carita urg itu.
    aku amat sedih,dan serati ku jato kamurungan.
    aku hantar hinga 3 pakerja ku cari..hinga ka kampung saberang sungei. megat tatap tidak pulang.
    serati hinga hari ini kamurungan dn hanya sorang diri tidak mao sasiapa dpn sungei ku. kadang ku dukung..ku suap ikan mahal2...ku pujuk pujuk.

    ReplyDelete
  14. ,πŸ₯΄πŸ˜πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ€£cerita real itek..πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£πŸ€£

    ReplyDelete
  15. Thanks and that i have a keen supply: How To Renovate House Exterior split level kitchen remodel

    ReplyDelete