Membuat Makanan Itik
Makanan itik mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:-
Makanan itik mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:-
-Karbohidrat
Boleh didapati dari padi, beras, nasi buangan kedai makan, gandum, hampas soya, hampas kacang dan lain-lain, Tetapi jangan gunakan hampas kelapa, hampas sawit, hampas malt atau hampas-hampas yang bersifat panas dan berminyak kerana boleh menyebabkan kerosakan pada benih telur yang baru terbentuk dalam perut itik itu seterusnya akan menyebabkan itik tidak bertelur. Gunakan bahan-bahan terbuang yang mudah didapati di tempat tuan-tuan.
Contohnya beras reject boleh dibeli dari mana-mana kilang beras cthnya Jasmine. Kilang Jasmine ada menjual beras istilahnya beras kotor iaitu beras yang tumpah ke lantai semasa proses pembungkusan beras, beras itu dikumpulkan dan dipaket lalu dijual kapada penternak-penternak. tuan-tuan boleh pergi bertanya. biasa dijual dengan 50 kg harga RM40.00, Beras tu dibasuh dulu sebelum dimasak dan dicampur dengan ikan reject dalam sukatan 60% beras 40% ikan. Masak semua sekali sampai jadi nasi.
Penjimatannya melebihi 100% berbanding beli makanan itik telur dari kedai. Sebabnya beras bila dimasak jadi nasi, Kuantitinya bertambah 2-3 kali ganda. 50 kg beras boleh menjadi 150 kg - 200 kg nasi. So, jimat tak? Tapi jangan beli beras hancur/patah/temekut. sebabnya bila dimasak dia tak mau jadi nasi jadi bubur saja, beras kotor atau bercampur sampah tak mengapa.
-Protein
Sisa buangan gerai ayam atau tempat sembelihan ayam seperti kulit ayam, lemak ayam, perut ayam dan lain-lain. Semua bahan ini perlu direbus dan dihancurkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada itik.
Ikan reject yang boleh didapati dari pengkalan bot nelayan seperti di Kuala Selangor, Ikan ini adalah ikan fresh yang ditangkap oleh nelayan tetapi tidak boleh dijual dipasaran seperti anak-anak ikan dan beberapa jenis ikan yang tidak laku dijual. Ikan-ikan ini dikenali dengan beberapa nama seperti ikan baja, ikan busuk, ikan reject dan lain-lain.
Ikan-ikan ini boleh diperolehi dari pengkalan bot nelayan seperti di Pasir Penambang, Kuala Selangor dan lain-lain tempat. Harga di Pasir Penambang adalah 60 sen sekilo. Ikan-ikan ini boleh dibeli dalam jumlah yang banyak dan disimpan di dalam peti ais untuk digunakan selama seminggu contohnya. Bahan ini perlu direbus sebelum dicampurkan kedalam makanan itik.
-Mineral / Kalsium
Bahan yang diperlukan untuk menguatkan tulang itik dan penting dalam pembentukan kulit telur itik yang baik. Bahan yang paling mudah ialah tepung tulang yang boleh dibeli dari pasaran. Bahan yang percuma seperti kulit ala-ala (cengkerang lembut) kulit kerang (perlu dihancurkan) tulang ikan, tulang ayam, tulang lembu dll (perlu dihancurkan) juga boleh digunakan.
Bagi sesiapa yang tinggal di daerah Kuala Selangor dan yang berdekatan boleh pergi ke Pantai Remis di Jeram. Pasir di sepanjang Pantai Remis itu sebenarnya adalah kulit kerang yang telah dihancur oleh ombak laut sejak ribuan tahun dahulu. Bentuknya halus bagaikan tepung, tak payah nak dihancurkan lagi dah. So, apa tunggu lagi...ceduk saja la..
Selain dari itu, pasir juga boleh digunakan, cuba letakkan beberapa longgok pasir dalam reban, perhatikan dalam masa beberapa hari , pasir itu akan habis dimakannya. Sebabnya pasir juga adalah sejenis bahan mineral dan itik akan memakannya.
-Serat
Unsur tumbuhan seperti rumput-rampai, sayur terbuang dari pasar, batang pisang, keladi dan lain-lain juga penting dalam diet makanan itik.
Rumput Napier (makanan lembu) boleh menghijaukan kulit telur itik. Rumput ini dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan itik. Telur itik yang berwarna hijau dipercayai lebih berkhasiat berbanding telur biasa. Kedai-kedai jamu di sekitar KL menjual telur itik hijau ini dengan harga RM1.50 - RM 1.80 sebiji kepada pelanggannya Ambillah peluang ini, tuan-tuan boleh menghasilkan banyak telur itik hijau menggunakan rumput napier ini.
-Vitamin campuran
Boleh dibeli dari kedai menjual makanan haiwan. Dikenali sebagai vitamin pre-mix.
-Pemerah Kuning Telur
Dikenali sebagai Carophyll, Xantrophyll atau Syntethic Pigment. Berfungsi sebagai bahan pewarna untuk memerahkan kuning telur itik. Kenapa? kerana pengguna dalam pasaran sukakan kuning telur yang berwarna merah dalam telur masin. Bahan ini sangat mahal, harganya sekarang hampir mencecah RM400.00 se-kg.
Alternatif kepada Carophyll adalah ikan (protein). Contohnya untuk 60 kg beras yang dimasak campurkan dengan 40 kg ikan, menjadikan jumlahnya 60% beras 40% ikan. Selain itu campurkan juga mineral , vitamin dan serat. Dengan kadar ini, sudah cukup untuk menjadikan kuning telur menjadi merah. Tuan-tuan boleh mencuba sendiri, sekiranya warna merahnya belum cukup terang, tambahkan lagi kadar peratusan ikan sehinggalah tuan-tuan berpuas hati.
Dengan kadar protein yang sesuai sudah cukup untuk membuatkan itik bertelur dengan banyak, saiz yang besar dan kuning telurnya berwarna merah. Walaubagaimanapun perlu saya ingatkan disini bahawa terlebih memberi protein pun ada bahayanya juga. Dalam satu peristiwa seorang rakan saya membeli ikan reject. Ikan itu dicincang-cincang mentah lalu diberi makan kepada itik dengan tidak direbus terlebih dahulu. Itiknya bertelur dengan banyak dan bersaiz besar. Lama-kelamaan ada itiknya yang mati tiba-tiba. Bila diperiksa, rupanya telurnya tidak dapat keluar kerana saiz telurnya terlalu besar.
Alternatif kepada Carophyll adalah ikan (protein). Contohnya untuk 60 kg beras yang dimasak campurkan dengan 40 kg ikan, menjadikan jumlahnya 60% beras 40% ikan. Selain itu campurkan juga mineral , vitamin dan serat. Dengan kadar ini, sudah cukup untuk menjadikan kuning telur menjadi merah. Tuan-tuan boleh mencuba sendiri, sekiranya warna merahnya belum cukup terang, tambahkan lagi kadar peratusan ikan sehinggalah tuan-tuan berpuas hati.
Dengan kadar protein yang sesuai sudah cukup untuk membuatkan itik bertelur dengan banyak, saiz yang besar dan kuning telurnya berwarna merah. Walaubagaimanapun perlu saya ingatkan disini bahawa terlebih memberi protein pun ada bahayanya juga. Dalam satu peristiwa seorang rakan saya membeli ikan reject. Ikan itu dicincang-cincang mentah lalu diberi makan kepada itik dengan tidak direbus terlebih dahulu. Itiknya bertelur dengan banyak dan bersaiz besar. Lama-kelamaan ada itiknya yang mati tiba-tiba. Bila diperiksa, rupanya telurnya tidak dapat keluar kerana saiz telurnya terlalu besar.
Membuat telur masin
Peringatan!!
Sebaik-baiknya membuat telur masin hendaklah menggunakan telur yang kering, kalau telur itu basah, ia hendaklah diproses ketika itu juga (selepas dikutip dari reban). telur itu dicuci, ditoskan dan keringkan. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan air yang terperangkap ke dalam telur itu.
Kenapa telur ini amat sensitif pada air?
Kerana pada permukaan telur itu ada liang-liang halus yang membenarkan kemasukan air ke dalam telur. Liang halus ini tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Air yang termasuk kedalam telur ini membawa bersamanya bakteria yang boleh merosakkan telur seterusnya menjadikan telur itu busuk.
Membuat Telur Masin Menggunakan Air Garam
Masak air, selepas mendidih tuangkan air ke dalam bekas yang sesuai (baldi, tong air dsb).
Masukkan garam kasar sedikit demi sedikit dan kacau, bila garam itu larut masukkan lagi garam dan kacau. ulangi proses ini sehingga garam itu tidak dapat larut. Ini menandakan bahawa garam sudah tepu didalam air itu dan tidak dapat larut lagi, cukup setakat itu.
Telur Ayam juga boleh diproses menjadi telur masin, teknik buatannya sama seperti telur itik |
Tunggu sehingga larutan garam itu sejuk, kemudian masukkan telur kedalam larutan itu, selagi boleh tenggelam masukkan telur lagi. tutup baldi itu dengan penutup yang sesuai (talam, pinggan dsb) ini adalah untuk mengelakkan bekas itu dimasuki sampah dan habok.
Selepas 3 hari diperam, ambil 2-3 telur biji untuk dicuba. kalau masih kurang masinnya, peram lagi sampai seminggu lepas itu diuji lagi. kalau dah terasa sedap maka boleh lah dijual telur masin itu. Setengah orang sukakan telur yang diperam selama 3 hari ini kerana rasanya yang kurang masin.
Selepas seminggu diperam dan rasanya dalam keadaan baik. telur itu perlu dikeluarkan dari larutan garam itu. Semakin lama diperam semakin masin jadinya. Tempat penyimpanan yang paling baik ialah didalam chiller sekiranya hendak disimpan lama. Jangan simpan didalam freezer kerana telur itu akan menjadi ais dan akan retak.
Membuat telur masin menggunakan tanah liat.
Telur Masin diproses dari tanah liat dan sekam padi bakar |
-Telur itik yang sudah dibersihkan
-Air garam.Cara penyediaannya sama seperti topik diatas.
-Tanah liat atau tanah merah (top soil) yang kurang batu dan pasir. (kat tepi jalan pun ada, kalau pandai cari) mesti bersih dan tidak berbau. kalau tak jumpa boleh pergi bertanya pada syarikat yang jual benih pokok atau landscaping.
-Sekam padi bakar (sekam hitam). boleh dibeli dari kilang padi cthnya kilang Padi Bernas (Tanjung Karang, Sekincan, Sabak Bernam) atau kawasan lain yang ada menanam padi.
Cara membuatnya
Tanah liat dan sekam padi sebaiknya dikukus terlebih dahulu untuk membunuh bakteria yang mungkin terdapat didalamnya.
Setelah dikukus, tanah liat itu dikeringkan dan dihancurkan menjadi seperti tepung. (Step ini kalau nak skip pun boleh)
Masukkan tanah liat kedalam larutan garam yang telah tepu itu dan kacau hingga sebati sehingga berbentuk seperti pes atau seperti adunan tepung untuk goreng pisang.
Celupkan telur itik kedalam adunan tanah liat dan garam itu sehingga tenggelam sepenuhnya dan golekkan telur itu diatas sekam padi bakar sehingga keseluruhan telur itu diliputi oleh sekam padi bakar.
Setelah itu simpan telur ini kedalam bekas yang sesuai seperti kotak, besen dan sebagainya (elakkan bekas diperbuat dari logam).
Tulis tarikh buatannya, dan simpan telur ini ditempat yang kering dan selamat pada suhu bilik. Setelah 3 minggu keatas, bolehlah dicuba telur ini. Kebiasaannya selepas sebulan diperam, telur ini sudah boleh dijual.
Perbezaan Telur Masin Menggunakan Air Garam dan
Tanah Liat.
Guna Air Garam
Cepat menjadi. dalam masa 3 - 7 hari sudah boleh digunakan. Semakin lama diperam semakin masin telur itu. Apabila rasanya sudah sedap, telur itu perlu dikeluarkan dari air garam dan disimpan dalam chiller. Telur ini dijangka boleh bertahan selama 3 bulan sekiranya disimpan dengan baik dalam chiller.
Tanah Liat.
Guna Air Garam
Cepat menjadi. dalam masa 3 - 7 hari sudah boleh digunakan. Semakin lama diperam semakin masin telur itu. Apabila rasanya sudah sedap, telur itu perlu dikeluarkan dari air garam dan disimpan dalam chiller. Telur ini dijangka boleh bertahan selama 3 bulan sekiranya disimpan dengan baik dalam chiller.
Guna Tanah Liat
Tempoh sebulan diperlukan untuk pemeraman. Rasanya tidak berubah walaupun disimpan lama. telur ini dijangka boleh bertahan selama 6 bulan (jangkaan minima) sekiranya disimpan dengan baik pada suhu bilik.
Pembungkusan
Kebiasaannya kotak kertas bersaiz 12 inci x 6 inci digunakan untuk mengisi 50 biji telur masin dari tanah liat. Untuk telur masin diperbuat dari rendaman air garam, kebiasaannya balang plastik (contohnya balang plastik mengisi gula-gula) digunakan. didalamnya diisi telur masin dan dimasukkan sekali air garam ke dalamnya.
Bungkusan plastik juga boleh digunakan, setelah dimasukkan air garam dan telur masin, plastik ini dikembongkan dan bahagian hujungnya diikat menggunakan getah gelang. Cara ini lebih menjimatkan kos dan telur masin dapat dijual dengan harga yang lebih murah. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda.
Bagaimana nak tahu telur yang baik dan yang sudah rosak atau yang hampir rosak?
Sediakan sebuah mangkuk dan isikan air paip, letakkan telur kedalamnya dan perhatikan kedudukannya.
1) Kalau telur itu tenggelam dan terbaring bermakna telur itu berada dalam keadaan baik.
Oleh itu, teknik diatas sebaiknya digunakan sebagai cara untuk memeriksa keadaan telur sebelum diproses menjadi telur masin.
Faktor Kegagalan Pengusaha?
Berdasarkan pemerhatian kepada beberapa pengusaha yang saya kenali dan pemerhatian kepada projek penternakan itik yang pernah dijalankan sendiri, faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan atau kejatuhan industri ini adalah faktor PENGURUSAN. Setengah pihak mendakwa faktor kegagalan projek itik penelur ini adalah kerana tiada pasaran. Anggapan begitu adalah silap kerana permintaan untuk telur itik sentiasa ada. Telur itik digunakan dalam pelbagai industri makanan seperti telur segar dalam masakan, telur masin (permintaan terbesar), telur pindang, gerai jamu, industri pembuatan kuih-muih (baulu, kuih bulan, kek) dan lain-lain.
Faktor pengurusan yang dimaksudkan disini adalah pengurusan reban, pengurusan kesihatan ternakan, pengurusan kewangan, pasaran dan lain-lain. Pengusaha yang telah berjaya amat menitik beratkan hal-hal tersebut.
Dari aspek pasaran, Bagi pihak yang baru menceburi atau ingin berjinak-jinak dalam bidang ini silalah tinjau ke kawasan pasar borong Selayang. Disitu terdapat tidak kurang dari 5-6 buah kedai pemborong telur yang bersedia membeli telur itik atau ayam dari tuan-tuan secara tunai asalkan memenuhi syarat-syarat mereka. Syarat-syaratnya (bagi telur itik) adalah seperti berikut.
-Berat sebiji telur +- 60 -70 gram sebiji.
-Tidak boleh terkena air (mesti kering)
-Kuning telurnya berwarna merah (gunakan carophyill)
Syarat paling utama adalah tidak boleh terkena air bermaksud kalau telur itu kotor tidak boleh dibasuh dengan air, gunakan bulu besi pencuci pinggan untuk menggosok bahagian yang kotor pada telur itu dan lapkan dengan kain kering.
Kalau telur itik tuan-tuan memenuhi ketiga syarat diatas, mana-mana kedai pemborong telur akan menerimanya termasuk di kawasan lain yang pernah saya tinjau seperti di PJ, Shah Alam, Kelang, Taman Tun Dr Ismail, Gombak dan Putrajaya.
-Adakah Menternak Itik Telur Menguntungkan?
Saya pernah ditanya soalan ini,. boleh untung ke ternak itik ni? Soalan yang bercampur cabaran sebenarnya ini. Seolah-olah memperlekehkan usaha kita selama ini. Dalam banyak keadaan saya hanya mendiamkan diri. Buat apa layan orang bodoh.. Jawapannya saya akan nyatakan disini.. Bagi yang telah lama dan berjaya menternak itik tahu jawapannya. Jawapannya memang menguntungkan.
Untuk pengetahuan semua, itik penelur adalah itik yang mengeluarkan hasil telurnya setiap hari, oleh itu hasil jualannya adalah harian, bukan seperti menternak ikan, itik daging, ayam daging, lembu, kambing dan sebagainya yang terpaksa mengambil masa berbulan atau bertahun sebelum boleh menikmati hasil jualannya.
Kita ambil satu contoh katakan anda menternak 1000 ekor itik penelur. Katakan ada itik jantan dalam 100 ekor, oleh itu anda ada itik betina yang berpotensi untuk bertelur sebanyak 900 ekor.
Setelah sampai masa itik bertelur (5 bulan keatas) itik akan mula bertelur, mula-mula 5 biji, lepas tu 10 biji, lama-lama kelamaan semakin banyak, banyak dan terus meningkat sampai had maksimum katakanlah 850 biji sehari. lepas tu dia akan menurun sedikit, lepas tu naik balik, turun dan naik bergantung kepada penjagaan, pemakanan, stress, cuaca, musim meluuruh dan sebagainya.
Penternak berpengalaman tahu perkara ini dan mereka biasanya tahu cara-cara dan pantang-larang untuk mengelakkan penurunan hasil telur.
Katakan hasil maksima itik bertelur sebanyak 850 biji sehari. Andaikan telur gred A sebanyak 750 biji yang berharga RM0.50 sebiji. 750 biji x RM0.50 = RM375 sehari. Andaikan telur gred B sebanyak 60 biji yang berharga RM0.45 sebiji. 60 x RM0.45 = RM27.00 Selebihnya 40 biji telur gred C yang berharga RM0.40 sebiji. 40 x RM 0.40 = RM16.00
Total
Gred A 750 biji x RM0.50 = RM 375.00
Gred B 60 biji x RM0.45 = RM 27.00
Gred C 40 biji x RM0.40 = RM 16.00
TOTAL RM 418.00
Bermakna pendapatan anda sebanyak RM418.00 untuk satu hari. Adakah jumlah ini tidak menguntungkan? Anda kiralah sendiri kalau seminggu, sebulan dan seterusnya.
Itik akan mulai bertelur setelah 5 bulan keatas, dan akan terus-menerus bertelur dengan baik sehingga umurnya mencapai 2 tahun setengah. Ketika itu prestasinya mulai menurun dan anda perlu menyediakan penggantinya, Itik yang sudah tidak bertelur boleh dijual sebagai itik pencen.
-Saranan Kepada Penternak Itik
Anda mungkin mula-mula menternak itik secara suka-suka atau sebagai hobi, lama kelamaan apabila anda melihat potensi jualan telur itik ini semakin meningkat, mungkin anda berubah fikiran untuk menjadikan bidang penternakan itik penelur ini sebagai mata pencarian anda. Kalau anda berfikiran begitu saya ucapkan syabas.
Saranan saya :-
(Pertama) Mula-mula cuba menternak itik sampai mengeluarkan hasil, mungkin dalam jumlah yang tidak begitu besar. Anda mungkin menggunakan makanan itik yang dibeli dari kedai.
Untuk pengetahuan semua, dalam bidang penternakan itik ini kos makanan menyumbang hampir 70 % dari modal yang terpaksa ditanggung. Andai kita dapat menjimatkan kos makanan ini, maka disitulah keuntungan kita.
(Kedua) Setelah Itik mengeluarkan hasilnya, anda mungkin menjualnya secara mentah kepada pemborong atau pembeli lain. Cuba proses sendiri telur masin dan menjualnya. Harga telur masin yang siap adalah lebih tinggi dari harga telur mentah. Ada dua kaedah memproses telur masin (1) menggunakan air garam (2) menggunakan tanah liat dan sekam padi bakar. Kedua-dua kaedah ini adalah mudah sahaja, saya yakin anda boleh melakukannya. cuma memerlukan masa dan beberapa kali membuat eksperimen. Atau anda boleh merujuk kepada Jabatan Haiwan atau Mardi yang mungkin menganjurkan kursus-dalam bidang itu. Kalau anda berjaya melakukan ini, bermakna keuntungan anda semakin meningkat.
(Ketiga) Melakukan pembenihan anak itik samada secara semulajadi atau inkubutor. dan menjual anak itik. Harga anak itik sekarang berlegar sekitar RM3.00 - RM 6.00 seekor. Bergantung kepada kawasan.
(Keempat) Memproses makanan itik sendiri secara komersil dan menjualnya. Anda periksalah sendiri harga makanan itik penelur (Layer) di pasaran sekarang. Andai anda dapat menjual dengan harga yang agak rendah sedikit dari harga pasaran, nescaya penternak lain akan membeli dari anda. Walaubagaimanapun, ini memerlukan modal yang agak tinggi untuk membeli mesin dan peralatannya.
-Kenapa Saranan ini dibuat??
Kerana saya rasa kesal melihat penternak yang saya kenali (kebanyakannya bumiputra) yang telah bertahun-tahun menternak itik tetapi tidak boleh berkembang. Duduk kat takuk tu juga, hanya membeli makanan itik (tidak berusaha membuat makanan sendiri), menternak itik, dan menjual telur itik mentah kepada pemborong telur. Itu saja. Lama-kelamaan tutup. Harapan saya ingin melihat ada penternak kita berjaya melepasi tahap daripada pembekal telur mentah kepada memproses dan menjual telur masin, menjual anak itik dan makanan itik.
Projek Penternakan Itik Penelur (3500 ekor) Dis 2010 - Sept 2011 (Dalam kenangan) Penganjur dan Nama Tempat dirahsiakan untuk menjaga nama baik semua pihak.
Sebagai contoh sebuah syarikat di selatan tanahair (bukan bumiputra) memiliki hampir setengah juta itik, memproses dan menjual telur masin untuk pasaran dalam negara dan juga dieksport ke luar negara. Mereka jugalah antara pembekal makanan itik dan anak itik untuk pasaran kebanyakan tempat di seluruh negara. Renung-renungkanlah ye..
Sekianlah dahulu untuk kali ini, kalau ada kelapangan saya akan menulis lagi. Sekian . Terima kasih,
terbaik bosss
ReplyDeleteas salam saudara.. sya azman dari sabah... baru nak berjinak jinak dgn penternakan itik telur. buat masa ini sya anggap sbagai hobi krn hnya 3 ekor itik yg bru sebulan lalu dibeli dri pemborong benih itik,2 ekor betina dn seekor jantan.. ramai penternak itik telur yg sya temui memberi dorongan utk menjadikn hobi ini sebagai side income.. sya nak tanya saudara, berapa saiz kandang yg sesuai utk 100ekor anak itik, dn bilangan anak itik jantan serta itik betina.. bagaimana nak menyukat keperluan makanan itik utk seratus ekor.. adakah memberi secukupnya setiap hari, ataupun sentiasa menyediakn makanan woaupun itik itu suda kenyang..buat masa ini sya nak eksperimen buat 3ekor itik sebelum menceburi lg tinggi lg,sebab sebelum ini sya x pernah membela itik.. sya harap saudara boleh berikan tips serta nasihat sbagai panduan sya... itu saja dri sya,sekian diucapkn ribuan terima kasih..
ReplyDeletetuan saya berminat dalam penternakan itik petelur.. saya sudah lama cari di mana mau beli baka dia.. kalau buli tlg ni no hp sy.. 011 36920717
Deletesory .. 01136920714
DeleteTerima kasih.ilmu yg sgt berguna utk saya yg tiada pengetahuan dan pengalaman.smga Allah permudahkan urusan tuan n dimurahkan rezeki..
DeleteSalam.. Sy hatar dari simpang pelangai pahang. Saya ada 1800 ekor itik telor dan menjalankn projek ini selama 6tahun.. Masalah saya ialah mengenai itik lumpuh. Jadi kalau boleh saya nk tahu jenis ubat dan dimana sy boleh dapatkn bekalan ubat tersebut. Sy sudah check dgn veterina namun mereka tidak dapat mmbantu.. Jd sy harap saudara dapat membantu saya. Sekian terima kasih.
ReplyDeletesaudara boleh hubungi Malaysian vaccines and pharmaceuticals sdn bhd, pembuat vaksin untuk itik
Delete0380615701
Boss saya mahu beli telur itik plesa call me 01127274289
DeleteCuba beri makan nasi dicampur dgn manisan keping ( gaul ) klu tak ada gula melaka pun boleh.
DeleteDari info yg saya dapat.. Itik yg lumpuh ni disebabkan itik kerap berandam dlm air atau keadaan kandang yg sentiasa basah.. Jadi, sentiasa mengawal tabiat itik adalah langkan yg terbaik.. Mencegah lebih baik dari merawat, sekian.
DeleteYa itik kuat berendam dan keadaan air yang agak tercemar.
Deleteterbaik
ReplyDeletesalam tuan. saya gaban . minat dlm bidang itik .tp stakat ni saya usahakn itik.serati.stuju makanan itik mmg elok dibuat sndiri.moga artikel tuan dpt mmbantu pnternak lain.trima kasih utk makluman tntang pmbuatan tlur masin. moga diberkati Allah. 019-3927169
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya mahu beli telur itik satu migu 1500 biji sila saya 01127274289 thank you.
ReplyDeleteitik saya sakit.. dh msuk 3 hari.. sy xtau dye sakit apa.. mgkn lumpuh.. dye xboleh bgn.. stiap kali saya bgnkn dye akn terbalik.. kaki ke atas.. sy duduk di KL.. n xtau kat mne nk cari ubat.. itik tu cme sekor.. n sy syg sgt2 kat itik tu.. boleh bg cadangan, apa yg ptut sy buat??
ReplyDeletebg mkn ccin tanah 2 3 hari ok la
Deletekenapa pemborong x mau telur yg terkena air?
ReplyDeleteCepat rosak
DeleteKpd sesiapa mahu mendpt telor itik mentah dgn harga rm0.45 sen sebiji
ReplyDeleteBlh contact di no 010-9381363
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya area sabah,d mn sy blh dpt benih bibit ank itik dlm kuantiti 100 ekor
ReplyDeletesaya nk jual itik telur umur lbih kurang 7 bulan.tengah bertelur skrang sbb nak jaul xada masa nk jaga dah..80 ekor.harga tuan2 boleh letak sendiri jnji jual.. area perak utara fon no saya 01136266651
ReplyDeleteSumbangan limpahan ilmu yang sangat ikhlas. Semoga ALLAH SWT membalas dengan kenikmatan hidup di dunia dan akhirat buat Tuan sekeluarga. Terima kasih!
ReplyDeleteterima kasih kerana share ye tuan. .
ReplyDeleteMohon share ye tuan
ReplyDeleteMohon share ye tuan
ReplyDeleteTerima kasih tuan diatas infonya,izinkan saya mengunakannya...
ReplyDeleteSalam..saya baca sampai habis, bnyak ilmu dalam ini bagi yg mula nk belajar Jadi penternak itik.. Tuan boleh bagi Nombor fon atau apa2 medium yang boleh kami hubungi.. Saya shukri Dari Kelantan.. Insyaallah akan buat projek ini dalam masa terdekat.. Boleh hubungi saya untuk berkrnalan Dan berkongsi tuan. 0133787011
ReplyDeleteItik penelur boleh bertelur sehingga brapa umur?
ReplyDeleteTerimakasih tuan kerana kongsi Ilmu, saya akan mula buat makanan sendiri sambil belajar dan memperbaiki kandungan makanan untuk memperbaiki pengeluaran telur.
ReplyDeleteSaya ingin berkenalan dengan tuan nombor saya 011.57721552 Abdul Rahim
Selamat sejahtera.
ReplyDeleteSaya penternak itik penelur selama 2 bulan dan saya mempunyai 200 ekor. Sebelumnya itik bertelur 60 biji sehari tapi sekarang tidak bertelur lagi. Saya baru sedar hempas kelapa tidak boleh diberi sebagai baka makanan lepas baca artikal tuan. Bolehkah tuan tolong cadang idea untuk pemulihan. Terima kasih.
salam tuan boleh saya tahu mana nak dapat itik telor yg sudah besar yg hampir nak bertelor atau yg dah bertelor ada sapa2 yg nak jual dan brp harga ...
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570